School Holiday 2019

Waktu persekolah di Malaysia ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Setiap hujung tahun, KPM akan memaklumkan takwim untuk penggal dan cuti sekolah untuk tahun berikutnya.

Secara asasnya, waktu persekolahan untuk seluruh Malaysia adalah sama. Namun disebabkan terdapat perbezaan hari cuti mingguan bagi negeri-negeri di Malaysia. KPM telah membahagikan kepada negeri ini kepada 2 kumpulan. Kumpulan A dan Kumpulan B.

Kumpulan A ialah negeri-negeri yang menetapkan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu. Iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Manakala Kumpulan B ialah negeri-negeri yang menetapkan Sabtu dan Ahad sebagai cuti hujung minggu. Iaitu semua negeri yang tidak termasuk di dalam kumpulan A.

Musim cuti sekolah di Malaysia lazimnya merupakan waktu sesak untuk rakyat Malaysia bercuti di dalam dan luar negara serta bercuti di kampong halaman masing-masing. Oleh itu rancanglah percutian anda lebih awal agar masa cuti sekolah ini dapatkan dimanfaat dengan sebaik-baiknya.

Tarikh-tarikh musim cuti sekolah 2019 berikut adalah dirujuk dari laman web KPM. (rujuk)

Kumpulan A : (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)

Takwim Sekolah Mula Akhir
Cuti Pertengahan Penggal 1 22 Mac 2019
(Jumaat)
30 Mac 2019
(Sabtu)
Cuti Pertengahan Tahun 24 Mei 2019
(Jumaat)
8 Jun 2019
(Sabtu)
Cuti Pertengahan Penggal 2 9 Ogos 2019
(Jumaat)
17 Ogos 2019
(Sabtu)
Cuti Akhir Tahun 22 Nov 2019
(Jumaat)
31 Dis 2019
(Selasa)

Kumpulan B : (Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor)

Takwim Sekolah Mula Akhir
Cuti Pertengahan Penggal 1 23 Mac 2019
(Sabtu)
31 Mac 2019
(Ahad)
Cuti Pertengahan Tahun 25 Mei 2019
(Sabtu)
9 Jun 2019
(Ahad)
Cuti Pertengahan Penggal 2 10 Ogos 2019
(Sabtu)
18 Ogos 2019
(Ahad)
Cuti Akhir Tahun 23 Nov 2019
(Sabtu)
31 Dis 2019
(Selasa)