Buffet Sarapan RM5, Makan Sampai Kenyang Di Cyberjaya

Sekiranya anda pening nak mencari tempat sarapan di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk sarapan di Restoran Ayam Kampung Utara ini. terletak di Glomac Cyberjaya.. Bangunan di belakang Bank Rakyat.

Mengenakan bayaran serendah RM5.00 setiap seorang, anda boleh makan apa sahaja yang dihidangkan. Menu wajib setiap hari ialah nasi lemak dan juga nasi goreng. Manakala mee, mee hun ataupun kuey teow akan bertukar setiap hari serta pelbagai lauk seperti telur, udang, rendang dan sebagainya. Terdapat juga kuih muih seperti roti jala, pisang goreng, sosej roll dan sukun dan sentiasa bertukar-tukar.

buffet sarapan murah cyberjaya 1

buffet sarapan murah cyberjaya 2

buffet sarapan murah cyberjaya 3

buffet sarapan murah cyberjaya 4

buffet sarapan murah cyberjaya 5

buffet sarapan murah cyberjaya 7

buffet sarapan murah cyberjaya 8

buffet sarapan murah cyberjaya 9

Untuk minuman, restoran ini menyediakan Kopi O dan Teh O dan Air Suam. Jika sukakan sejuk, boleh minta ais daripada pelayan restoran. Manakal untuk air lain akan dikenakan harga biasa demikian juga sekiranya anda membungkus makanan.

Bagi penggemar roti canai,restoran ini tidak menyediakan menu kegemaran anda, hanya roti jala sahaja.

Update : Roti Jala dikira tidak termasuk dalam Buffet. Harga RM0.50 sen/pcs.

Restoran Ayam Kampung Utara ini beroperasi pada hari isnin – jumaat sahaja.

Sekiranya anda berminat untuk bersarapan di sini, boleh buat carian Restoran Ayam Kampung Utara, Cyberjaya.

Jumpa lagi!

 

Tags:, ,

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *