10 Tempat Menarik Di Putrajaya Yang Mesti Anda Kunjungi

Apabila berkunjung ke suatu tempat, semestinya yang kita akan mencari tempat-tempat menarik untuk dilawati. Berkunjung ke pusat pentadbiran kerajaan ini pasti tidak lengkap tanpa mengabadi gambar anda bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Di sini kami menyenaraikan beberapa tempat menarik yang patut anda lawati sewaktu berada di Putrajaya.

1. Tasik Putrajaya

Terletak di tengah Putrajaya, Malaysia. Tasik buatan manusia ini berkeluasan 650 hektar. Direka sebagai sistem penyejukan semula jadi bagi Putrajaya. Ianya turut menempatkan pusat rekriasi seperti memancing, sukan air.

2. Perdana Putra

Merupakan kompleks pejabat Perdana Menteri Malaysia. Terletak di atas bukit dan amat sinonim pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Mula dibina pada tahun 1997 dan mula beroperasi pada April 1999. Senibina hasil gabungan seni bina Melayu, Islam dan juga Eropah. Direka oleh aQidea Architect dan inspirasi oleh Tun. Dr. Mahathir bin Mohamad.

3. Dataran Putra

Terletak di Presint 1 bersebelahan Perdana Putra. Berbentuk bulatan seluas 300 meter dan menjadi tumpuan orang ramai pada waktu petang dan malam, sama ada pelancong mahupun keluarga. Ditengahnya terdapat taman air pancut berbentuk bintang berbucu 13 sebagai simbolik kepada 13 buah negeri di Malaysia.

4. Masjid Putra

tempat menarik putrajaya
pintu masuk utama masjid putra

Masjid yang menjadi mercu tanda Putrajaya. Terletak berdepan dengan Dataran Putra dan bersebelah Perdana Putra.  Tersergam indah di gigi Tasik Putrajaya, masjid ini dihiasi dengan kubah berwarna mawar yang dibina menggunakan granit. Masji ini boleh memuatkan 15000 jemaah pada satu-satu masa.

5. Cruise Tasik Putrajaya

Hayati pemandangan Putrajaya melalui tasik, sama ada menaiki Cruise Boat, Perahu Dondang Sayang atau Lepa-lepa. Dengan harga tiket bermula RM10 untuk kanak-kanak RM15 untuk dewasa bagi warganegara Malaysia.

6. Jambatan Putra

tempat menarik putrajaya jambatan putra
gambar di ambil dari koridor masjid putra

Jambatan sepanjang 435 meter yang menghubungkan Dataran Putra dengan Presint 2, 3 dan 4.

7. Jambatan Seri Wawasan

Salah satu Jambatan yang merentasi Tasik Putrajaya, menghubungkan Kompleks Pentadbiran kerajaan di presint 1 – 5 dengan presint 7. Jambatan ini direka dengan menggunakan kabel yang berpaut pada satu tiang utama (pylon).  Menjadi tumpuan terutama pada waktu malam dengan warna lampu yang boleh bertukar-tukar.

8. Skyrides Festivals Park Putrajaya

Dilancarkan pada 1 mei 2015 dan menerima pengunjung lebih dari 300 000 pengunjung pada tahun pertama ia dibuka. Antara yang menarik di Skyrides Festival Park ini ialah Skyrides Balloon yang terapung setinggi 500 kaki,dan memberikan pemandangan sejauh 20 batu. Terdapat juga SkyWarrior bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak.
9. Monumen Alaf Baru

Turut kenali sebagai Tugu Milenium, monumen ini merupakan monumen yang pertama di bina di Putrajaya. Di bawah tugu ini terdapat kapsul masa yang di tanam oleh Tun. Dr Mahathir Mohamed yang akan dibuka menjelang tahun 2020 nanti. Dilihat dari atas, menara ini seakan-akan membentuk bunga raya emas berkemilauan.

10. Taman Wetland

Dipercayai sebarang kawasan tanah lembap  buatan yang paling besar di tropika. Ianya taman air tawar buatan manusia yang pertama di Malaysia. Terbahagi kepada 24 sel merangkumi Taman Wetland dan kawasan air tawar yang lain.



Booking.com

Tags:, , , , , , ,

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *